Ulas Pulas

Disember 13, 2007

Blogger atau WordPress?

Filed under: Blogging, Wordpress — Blogkraf @ 7:36 am

Jika anda berhasrat untuk memiliki blog sendiri, apakah platform yang akan anda pilih dan kenapa? Selain daripada Blogger dan WordPress, ada banyak lagi platform lain seperti Livejournal, MovableType dan TypePad. Persoalannya, platform manakah yang sesuai untuk anda?Ada banyak faktor yang perlu diambil kira dalam memilih platform untuk blog terbaru anda. Saya sendiri telah mengkaji sedikit sebanyak tentang pilihan-pilihan yang ada ini sebelum saya mula menulis untuk Ulas Pulas.Banyak persoalan-persoalan timbul dalam proses tersebut:

  • Adakah saya patut bermula dengan servis percuma yang sedia ada seperti Blogger.com atau perlukah saya membeli domain dan hosting sendiri dan menggunakan platform seperti WordPress?
  • Apakah kelebihan dan kekurangan di antara servis-servis ini (Blogger, WordPress, TypePad, dll)?
  • Adakah saya perlu upgrade sekarang atau kemudian, atau tidak sama sekali?

Persoalan-persoalan ini hanya boleh dijawab oleh anda. Sebelum membuat pilihan, anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu tujuan anda membina blog baru ini. Jadi, langkah pertama adalah:1) Apakah Objektif Blog Ini? Memiliki objektif yang jelas adalah sangat penting kerana ia akan dapat membantu anda memilih platform yang sesuai. Tanya dulu diri anda, kenapakah anda ingin berblog? Apakah tujuan anda menulis?

  • Adakah saya akan menulis di blog ini untuk jangka masa yang panjang?
  • Apakah tujuan blog ini dibina?
  • Apakah isi kandungan utama blog ini?
  • Adakah blog ini hanya sekadar hobi atau ada kaitan dengan kerjaya saya?
  • Adakah saya akan meletakkan iklan dan menjana pendapatan sampingan melalui blog ini?
  • Apakah kategori yang sesuai untuk blog ini? Peribadi? Korporat? Politik? Bisnes? Jenaka?

Jawapan kepada soalan-soalan ini akan dapat membantu anda semasa membuat keputusan untuk memilih platform yang paling sesuai. Anda boleh tanya pelbagai soalan lagi, yang penting anda jelas tentang kenapa anda berblog.2) Apakah bajet anda? Kenalpasti komitmen anda untuk blog baru ini. Adakah anda akan meluangkan masa, wang dan tenaga yang banyak untuk blog ini?Jika blog ini adalah blog peribadi, anda mungkin tidak akan beri komitmen yang penuh untuk menulis secara konsisten dan panjang lebar tentang topik yang tidak ada kaitan dengan anda. Jika blog ini adalah blog di mana anda ingin berkongsi pendapat tentang isu-isu semasa, anda mungkin perlu lakukan kajian supaya pendapat anda diterima. Mengenal pasti objektif blog akan membantu anda untuk mengenal pasti komitmen yang akan anda berikan.Selain daripada komitmen masa dan tenaga, adakah anda sanggup mengeluarkan wang untuk membayar upgrades dan iklan tentang blog anda? Jika blog ini adalah blog peribadi, sudah pasti anda tidak perlu berbelanja. Tetapi jika anda berimpian untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog anda, anda perlu berkorban sedikit sebanyak dengan mengeluarkan modal. Anda juga perlu sentiasa menulis dengan konsisten dan isi kandungan blog anda mestilah berkualiti. Sanggupkah anda beri komitmen seperti ini?

2 Komen »

  1. saya sudah menjalankan perniagaan selama 5 tahun secara tradisional. saya berhasrat untuk mengembangkan perniagaan secara on-line. apakah platform yang sesuai digunakan dan bagaimana cara untuk menarik minat orang ramai membaca dan menempah/ membeli barangan saya disamping dapat mengekalkan hak cipta serta langkah- langkah yang sesuai bagi membina blog yang dapat menjana pendapatan dan sesuai untuk bisnes

    Komen oleh Aswad — November 13, 2012 @ 7:43 am

  2. May I just say what a relief to find somebody that truly knows
    what they’re discussing on the internet. You actually realize
    how to bring a problem to light and make it important.
    More people should look at this and understand this side of the story.
    It’s surprising you’re not more popular since you
    surely possess the gift.

    Komen oleh internet — April 9, 2014 @ 2:54 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: